Thursday, March 15, 2012

Eh, ?

Assalamualaikum, dear readers! ^_^

Entah apa tajuknya. Merepek. Susah hendak diterangkan. Tiba- tiba, berkenan di hati. Nak menulis berbahasa Melayu. Selama ini memang menulis dalam English. Tapi, terasa kreativiti terbatas. Tak tahulah kenapa. Padahal, blog dulu yang fully English sememangnya lebih seronok berbanding blog ini. Eish, belum tahu. Tak mengapa, cuba dulu.

Menulis dalam BM, lebih terasa nikmatnya. ^_^ Sama saja. Yang penting apa yang cuba disampaikan. Sebenarnya hari ni tak ada apa- apa yang menarik nak dikongsikan. Nak kongsi pasal tulisan. Hurmm.. Kenapa ya? Saya suka menulis. ^_^ Suka sangat. Kalau dalam buku, 1 buku memang tak akan cukup untuk setahun. Ya, memang nampak membazir. Tapi nak buat macam mana.Hakikatnya begitulah. Saya minat dengan semua ni. Tapi, ayat- ayat saya tak lah sehebat mana. Tak cukup bermadah. Tak sehebat ayat- ayat yang menyentuh qalbu lagi memeningkan fikiran mentafsirnya. Ayat siapa tu?Ayat abang saya. ^_^ Ada buka blog seorang senior semalam. Wah, tak sangka sungguh. Dia juga orang yang kuat bermadah. Puitis sekali. Ayat- ayatnya hebat. Membacanya membuatkan fikiran tenggelam dalam angan. Okey, mulalah tu. Siapa kakak itu? Saya tak pasti identitinya yang sebenar. Tapi saya yakin dia senior tahun lepas.


Huuuhh... Kecoh pasal kehebatan orang lain bermadah. Diri ini apalah sangat. Tapi, waktu kemuncak nak dapat idea menulis... Tahu bila ? Waktu examlah! Waktu peperiksaan.. ^_^ Lucu. Kelakar. Hahaha.. Gelak sendiri. Ketawa seorang. Betul. Inilah fakta inilah hakikat inilah kenyataan. Selepas periksa, mesti cikgu suruh periksa kertas tu. Lepas periksa nak buat apa? Nak tidur? Lelaki di sebelah sentiasa membuatkan saya berfikir dua kali sebelum tidur. Hehe.. Sebenarnya dia tidur juga. Tapi, tetap seganlah nak tidur dalam kelas. Apa lagi... Keluarkan test pad, dan pensel laju menulis..

Haaa.... Satu lagi, hal yang saya pun tak habis fikir. Tak faham kenapa jadi macam ni. Tapi hobi ini saya teruskan sahaja... Kalau tulis guna pen, selalunya idea tak mahu keluar... Hik..hik.. Lawak sungguh. Sebab itulah, kalau waktu nak berpuisi dan berkarya, mesti automatik keluar pensel. Hurm,, pelik juga. Tapi taklah sangat.

Haii... Kenapalah saya tengah tulis benda yang tidak berfaedah ni.. Macam ada orang baca.... Kalau ada, bazir masa dia... :) Kesian.. Kena tambah benda berfaedah ni..


Hehehe.. Ni nak kongsi pasal FAMOUS.

F  -  A  -  M  -  O  -  U  -  S

atau BM nya TERKENAL lah...

Anda ada teringin nak jadi terkenal? Hurm.. Seronok sangatkah? Ada orang suka, ada orang tak suka. Kita kan berbeza semuanya. :) Luculah! Saya nak ketawa sebentar. Heheheheeeee..... Okey, selesai. Anda kenal Matluthfi? Oh, saya sangat sukakannya. Dia Vlogger. Video dia semuanya bagus. Bermanfaat dan berpengajaran. Dalam video terbarunya, ada cerita pasal pandangan dia terhadap ke'POPULAR'an dirinya sekarang.

Saya tak boleh pertikaikan yang popular tu bagus atau tak. Semuanya terpulang pada diri. Andai diri rasa bagus, ertinya ada yang boleh dimanfaatkan dengan pengaruh itu. Andai diri rasa itu tiada gunanya, pasti ada lebih banyak perkara lain yang boleh dilakukan. Hmm.. Ayat ini agak memeningkan. Cuba faham sendiri. Baca dengan hati.. Jangan lupa intonasi... Okeylah.. Sampai sini dulu...


Hayati luahan rasa Matluthfi ni sebagai pengakhir wacana hari ini.. ^_^


Assalamualaikum !