Tuesday, April 12, 2016

Ujian Kelayakan Calon Guru

Assalamualaikum, dear readers! ^_^
Bismillahirrahmanirrahim...

Yesterday, 11 April 2016, I went to Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPG KBA) for Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG).

UKCG ni perlu diduduki sebelum kita dilayakkan untuk temuduga ke IPG. Dalam erti kata lain, calon yang lulus UKCG sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga nanti. I have to admit, sebelum saya sampai ke lokasi UKCG ni, memang tak dapat nak bayangkan macam mana ujian tersebut dijalankan. Ada baca di beberapa blog, tapi hakikatnya apa yang saya bayangkan memang jauh berbeza daripada situasi sebenar! Hehe...

Pertama sekali, UKCG ini terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu Ujian Bertulis dan Ujian Kecergasan Fizikal.

Ujian Bertulis :)
Ujian Bertulis perlukan kita untuk menjawab set soalan objektif. Soalannya macam ujian personaliti. Ada Bahagian A (135 soalan) dan B(60 soalan). Tempoh masa cuma 45 minit. Tapi, tak berani nak share soalan dekat sini, risau ada copyright issues pula. Overall, soalannya okey sahaja dan rasanya semua calon tiada masalah hendak menjawab soalan- soalan ini. Kedudukan calon dalam dewan macam semasa SPM. In shaa Allah semua sudah berpengalaman. Yang penting, dengar dan fahami arahan Pengawas Peperiksaan :)

Ujian Fizikal :)
Rasanya ini part yang paling digeruni kebanyakan calon hehehe tapi sebenarnya tidaklah terlalu susah ataupun terlalu ekstrem. Ujian Fizikal ini dibahagikan kepada 5 Bahagian. Untuk setiap Bahagian akan ada allocated marks. Kalau kita dapat perform dengan baik, baiklah markahnya :) Tapi, berdasarkan pengalaman saya semalam, kami tak diberitahu pun mengenai pemarkahan. Cuma, cikgu- cikgu, kakak dan abang yang uruskan ujian kami pesan supaya buat yang terbaik, dan semampu yang boleh.

Before anything, kami dikumpulkan dalam satu dewan untuk taklimat ujian kecergasan. Taklimat tersebutlah yang mendedahkan semua calon dengan aktiviti- aktiviti yang akan dijalani semasa Ujian Kecergasan nanti. Seorang cikgu akan tayangkan video sambil menerangkan aktiviti- aktiviti tersebut dengan lebih terperinci.

1. Body Mass Index (BMI)
Checkpoint pertama, calon akan diukur ketinggian, dan ditimbang berat badan. Daripada tinggi dan berat badan tersebut, akan ada kakak/abang yang kirakan BMI calon dan diisikan ke dalam borang masing- masing. Berdasarkan BMI, sama ada kurang berat badan, normal, overweight atau obesiti, markah calon akan ditetapkan.

2. Jangkauan Melunjur
Checkpoint kedua, perlu buat jangkauan melunjur. Selalunya dah biasa dibuat di sekolah semasa SEGAK. Ikutkan pengalaman semalam, setiap calon diberi 3 kali percubaan. Jarak tolakan calon yang paling jauh sekali akan direkodkan dalam borang dan diberikan markah.



3. Bangkit Tubi Bervariasi
Checkpoint ketiga, bangkit tubi / sit up. Kenapa bangkit tubi BERVARIASI? Sebab ada 5 variasi yang calon kena buat semasa bangkit tubi. 

1. Macam biasa, tangan di sisi. Bila bangun, pergelangan tangan mesti sampai ke lutut. Ini yang biasa dibuat, dan selalunya semua boleh buat.

2. Tangan di sisi juga. Bila bangun, siku mesti sampai ke lutut. Yang ini pun in shaa Allah semua dah biasa buat.

3. Kedua tangan menyentuh siku, maksudnya tangan kita bersilang, di atas perut macam semasa solat. Bila bangun, tangan kita mesti menyentuh peha. Yang ini pun tidaklah terlalu susah.

4. Tangan bersilang seperti Fasa 3 tadi, tapi kedudukan tangan di atas kepala. Perlu bangun dengan tidak mengalihkan tangan yang bersilang tadi dari atas kepala. :) Agak susah, tapi ramai saja yang boleh buat dengan baik. 

5. Tangan disilangkan ke belakang. Tangan kanan diletakkan di bahagian tulang skapula kiri, dan tangan kiri diletakkan di bahagian tulang skapula kanan. Lebih kurang begitulah. Perlu bangun dengan tidak mengalihkan tangan daripada belakang. :) In shaa Allah kalau sudah berlatih, mesti boleh buat. 


Dan memandangkan Fasa 3, 4 dan 5 agak susah berbanding Fasa 1 dan 2, calon akan diberikan 2 percubaan untuk setiap fasa tersebut. Kalau sudah dapat buat dengan baik dalam percubaan pertama, boleh rehat dan tunggu fasa yang seterusnya. Kalau tak dapat buat masa percubaan pertama, buat semula dengan lebih baik dalam percubaan kedua. :) Dan dari situlah markah akan ditetapkan.


4. Pumping / Tekan Tubi
Checkpoint keempat, kena pumping. Kaedahnya berbeza untuk lelaki dan perempuan, macam yang selalu buat masa SEGAK. Cumanya, setiap calon perlu buat pumping ini sebanyak yang mampu dalam seminit. Dan, setiap calon akan diberi 2 percubaan juga. Kalau sudah berpuas hati dengan cubaan pertama, boleh rehat dan kalau tidak, boleh cuba sekali lagi. Akan ada kakak/abang yang akan instruct setiap calon, kira bilangan pumping dan catatkan markah.

5. Ujian Bleep (Bleep Test)
Ujian Bleep ini memerlukan calon untuk berlari ulang alik dalam jarak 20 meter untuk beberapa level. Setiap kali bunyi bleep, calon mesti lari ke seberang dan mesti sampai ke garisan tersebut sebelum bunyi bleep yang seterusnya. Ada juga yang guna Beep Test. Tapi, konsepnya sama. Setiap Level akan ada beberapa peringkat. Semakin meningkat level, semakin pendek masa untuk berlari. Maksudnya, kena lari makin lajulah! Hehehe. Menurut cikgu yang brief kami, untuk calon lelaki seelok- eloknya sampai Level 6, 7 dan untuk calon perempuan Level 3,4 pun dah okey. Tapi, buatlah yang terbaik dan ikut kemampuan diri :) Macam semalam, ada seorang calon lelaki berjaya buat sampai Level 9, memang satu dewan beri tepukan pada dia. Memang salute :)

Macam mana? Cuba tengok video ini:





Itu sahaja untuk Ujian Kecergasan Fizikal :) Paling penting, bersedialah dari awal. Beberapa hari sebelum UKCG sudah boleh buat latihan untuk mencergaskan diri di rumah. Dan, masa hari UKCG nanti, pastikan warm up / stretching dahulu sebelum buat Ujian Kecergasan Fizikal. Semalam, kami tidak diarahkan stretching beramai- ramai, jadi buatlah secara individu. Ajak kawan pun boleh :) Stretching sangat penting, untuk elak injuries semasa Ujian Kecergasan Fizikal nanti.

Sebelum saya alami sendiri semua ni, saya betul- betul ingatkan yang Ujian Kecergasan Fizikal ini dibuat di padang. Sudahlah saya tengok pada slip saya waktu Ujian Kecergasan Fizikal pukul 12.30 tengahari. Macam tak percaya, musim panas pula tu! Hehehe rupa- rupanya, kesemua aktiviti ini dibuat dalam dewan :) No worries. 

Satu lagi, manfaatkan gap masa antara setiap aktiviti untuk make friends dan beramah mesra dengan kawan- kawan baharu. Boleh juga reunion dengan kawan lama kalau ada terjumpa :) Selepas UKCG nanti boleh teruskan berhubungan dan bertukar- tukar info berkaitan biasiswa, UPU, dan temuduga yang akan mendatang, in shaa Allah.

Alhamdulillah, I feel extremely relieved after finishing this. Seboleh- bolehnya, saya cuba untuk share pengalaman ini supaya orang lain tak rasa apa yang saya rasa semalam! Hehe panik sebab tak dapat nak bayangkan situasi sebenar. Tapi, alhamdulillah rasanya okey sahaja. I did my best already and now it's time to leave the rest to Allah. Walaupun saya tidak merancang / menaruh harapan yang terlalu tinggi untuk ke IPG, sebab saya sangat berminat untuk terus ke asasi di satu IPTA, sangat penting untuk kita buat yang terbaik dalam setiap peluang yang kita dapat. Manalah tahu, rezeki kita dan takdir kita memang untuk ke IPG? Wallahu a'lam. Kalau lulus dan dipanggil temuduga, dan lulus juga in shaa Allah dan layak juga untuk ke asasi, boleh istikharah :) Minta petunjuk Allah, yang mana lebih baik untuk kita. Dia Maha Mengetahui, sebab Dia yang menciptakan kita.

Oops! Satu lagi perkara PENTING! Ini adalah UKCG tahun 2016. Mungkin formatnya akan berubah untuk tahun- tahun yang akan datang, dan mungkin juga format ini dikekalkan. Wallahu a'lam.

Alhamdulillah. Okay, that's all for now. I do have something else to share but not tonight. It's late already and my pillows are flashing in front of my eyes. Hehehe

Assalamualaikum, Peace be upon you :)